Kenapa orang Jepun basuh dan jemur botol plastik sebelum buang?

Aku nak kongsi pengalaman aku masa tinggal di Jepun dulu, sebab masa tu aku pelik dengan benda ni. Pintu masuk rumah aku mengadap pintu dapur owner rumah (Oya-san), dan ada tempat sidai baju. Tapi buat sidai botol

Kekadang terserempak, senyum-senyum sembang sikit2 la, tak pernah tanya kenapa. Tahu benda tu untuk recycle tapi kenapa basuh jemur bagai ni? Bila aku baca beberapa peraturan untuk recycle botol plastik ni, barulah jelas tujuan perbuat4n Oya-san aku tadi.

Pet Bottle macam botol air mineral, jus, kordial dan sebagainya tu sebenarnya ada 2 jenis kategori utk proses kitar semula. Jepun biasanya akan k0yak plastik pemb4lut yg ada tulis jenama pada botol tu dulu kemudian baru basuh dan jemur sampai kering.

Tujuan adalah supaya, tak berbau, ada lalat ke apa hurung dan memudahkan orang yang nak kutip tu nanti. Benda ni berkaitan dengan Omoiyari yang diterangkan oleh

@RidzwanMahazan, boleh bacalah nanti.

Selain itu, walaupun pet bottle ni bagi majoriti orang adalah plastik yang sama, tapi sebenarnya berbeza dari sudut kitar semula. Sebab tu kena k0yak plastik dari botol tadi. Plastik botol tu jatuh dalam kategori Pet Recycle dengan logo dibawah ini.

Lepas tu, tudung botol dan plastik pembalut tu pulak berada dalam kategori plastik yang lain (dalam gambar ditulis sebagai プラ yang merujuk kepada plastik).

Jadi semua ni akan memudahkan diri sendiri dan juga orang lain yang akan recycle plastik-plastik tu nanti. Kalau korang nak tahu, ada 7 jenis kategori plastik dari sudut recycle macam gambar dibawah. Itu sahaja perkongsian hari Jumaat ini.

info tambahan : plastic type 7 dah tak boleh recycle, jadi kalau nk masukkan ke tong recycle check dulu ye. jangan masukkan type 7

Sumber; Ahmad Ridzuan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*